Malaysia, Peru kukuhkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor halal
Iklan
Tengku Zafrul (dua dari kiri) ketika mesyuarat meja bulat bersama pemimpin industri Peru. Foto Facebook Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR - Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, usaha itu sekali gus memperkukuh kedudukan Peru dalam pasaran halal global yang sedang pesat berkembang meliputi pelbagai industri.
Iklan
Iklan
Pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah menyusun mesyuarat meja bulat yang mengumpulkan 17 syarikat Malaysia dan 18 syarikat Peru, membuka peluang kerjasama dalam sektor penting seperti kewangan, tenaga boleh baharu, halal, dan logistik, katanya.
"Dengan rangkaian Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang komprehensif, Malaysia bukan sahaja menjadi pintu masuk ke pasaran ASEAN, malah juga menawarkan akses yang lebih luas kepada syarikat Peru untuk berkembang di rantau Asia-Pasifik,” menurut catatan di platform X beliau pada Khamis.
Iklan
Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa kerjasama itu akan membawa manfaat ekonomi yang besar dan membuka peluang baharu bagi rakyat kedua-dua negara.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata, sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia komited untuk meningkatkan integrasi serantau dan memanfaatkan kerjasama yang lebih kukuh, termasuk dalam industri halal. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>