Misteri penemuan rangka binatang di pantai

Iklan
Rangka binatang misteri ditemui di pantai bandar Charleston, Carolina Selatan di sini timbulkan persoalan. - The Sun

CHARLESTON - Timbul persoalan penemuan rangka misteri dipercayai seekor binatang di sebuah pantai di bandar Charleston, Carolina Selatan di sini.

Seorang penduduk, Constantine, 25, berkata, sepanjang tinggal di sini, itu adalah kali pertama melihat rangka sedemikian rupa.

Iklan
Iklan

"Saya telah tinggal di sini kira-kira lima tahun dan saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini."

"Haiwan seperti saiz anak anjing memiliki tulang, rangka ekor atau tulang rusuk namun melihat pada giginya, ia bukan seperti anak anjing. Malah tiada mata sebaliknya memiliki gigi yang besar," katanya kepada The Sun.

Iklan

Keinginan untuk merungkai misteri rangka tersebut menyebabkan Constantine telah memuat naik video di laman sosial hingga tular.

Katanya, polis ada memberitahu kemungkinan rangka itu milik binatang possum.

Iklan

"Terdapat banyak teori, polis mengatakan ia adalah possum. Tapi ia bukan. Ramai mengatakan ia anjing, ada juga mengatakan ia adalah seekor iguana," katanya.

Pelbagai andaian dibuat namun sehingga kini rangka itu masih lagi kekal misteri.