Belum ada rundingan pembelian RON95
Iklan
Bumipeda bimbang isu kos operasi dan risiko modal yang akan ditanggung pengusaha stesen minyak terutama jika mekanisme subsidi bersasar dua harga Ron95 dilaksanakan mirip penyasaran subsidi diesel. Gambar kecil: Hanny Julia
SHAH ALAM - Tiada sebarang sesi libat urus atau rundingan setakat ini antara kerajaan dan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (Bumipeda) atau wakil pengusaha stesen minyak berhubung pelaksanaan mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet bagi pembelian RON95.
Setiausaha Bumipeda, Hanny Julia Haron berkata, kerajaan sepatutnya mengadakan perbincangan bersama ekoran pihaknya adalah pemegang taruh utama yang akan berhadapan langsung dengan rakyat dalam pelaksanaan dicadangkan.