Santos kembali ke liga teratas Brazil
Iklan
Santos kembali ke saingan teratas Brazil selepas setahun, menamatkan sesi gelap kelab yang melahirkan legenda Brazil, Pele itu. - Foto: Agensi
GERGASI Brazil, Santos kembali semula ke saingan Serie A Brazil dengan status pendahulu Serie B selepas menang 2-0 ke atas Coritiba dalam aksi di Estadio Couto Pereira, pada Selasa
Kelab yang melahirkan legenda Brazil, mendiang Pele memperoleh kembali slot liga teratas Brazil selepas setahun berada dalam saingan tahap dua negara berkenaan.
Iklan
Iklan
Santos, yang meraikan ulang tahun ke-112 penubuhan awal tahun ini, diturunkan ke Serie B Disember selepas tewas 1-2 kepada Fortaleza pada pusingan akhir perlawanan.
Gol separuh masa pertama Wendel (m-20) dan Romulo Otero (m-41) di laman lawan itu membolehkan Santos melebarkan rentak kemenangan ke-20 kejuaraan Serie B berkenaan.
Iklan
Tiga mata diraih itu menyaksikan Santos memiliki 68 mata kelebihan lima mata mengatasi pesaing terdekat Mirassol (63 mata) dalam Serie B dengan berbaki dua perlawanan lagi.
"Kegembiraan apabila dapat mencipta sejarah. Satu penghormatan dan kegembiraan kepada seluruh warga kelab Santos.
Iklan
"Sesungguhnya, tahun tahun yang sukar, namun penyokong-penyokong setia berhak mendapatnya, setiap kakitangan di pusat itu, lembaga pengarah,” kata penyerang, Guilherme.
Sebagai rekod, Pele membantu Santos berpangkalan di bahagian bandar pantai itu menjadi antara kelab paling berpengaruh pada 1950-an dan 1960-an apabila memenangi 10 kejuaraan liga negeri dan enam Brazil.
Selain Pele, Santos juga bertanggungjawab melahirkan ramai pemain elit seperti Neymar, Robinho dan Rodrygo (Real Madrid).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>