Perihal buli
Iklan
Buli mungkin dilakukan oleh orang yang asalnya memang tidak baik, tiada empati, suka menunjukkan kuasa dan mahu mendapatkan penghormatan daripada orang lain secara paksa. - Gambar hiasan.
SAYA tidak tahu sekarang, tetapi pada zaman ‘sunti’ saya dahulu, apabila disebut perkataan asrama sekolah, perkataan lain yang sentiasa mengiringinya ialah ragging.
Pada masa itu saya tidak pernah tahu makna perkataan ragging kerana ia tiada dalam kosa kata Melayu/Jawa yang menjadi bahasa rasmi di tempat saya, tetapi saya cukup tahu ia merujuk kepada perbuatan penghuni senior yang tinggal di asrama memaksa penghuni baharu melakukan sesuatu di luar kehendak pelajar baharu berkenaan.