Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Iklan
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4090/4120 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.3800/3850 ketika ditutup pada Jumaat. Foto hiasan
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar US pada Isnin disebabkan pelabur menjadi berhati-hati minggu ini apabila banyak pengumuman dijangka dikeluarkan minggu termasuk angka inflasi AS, kata seorang ahli ekonomi.
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4090/4120 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.3800/3850 ketika ditutup pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dolar US mendapat permintaan tinggi selepas kemenangan Donald Trump pada pilihan raya presiden AS.
"Dolar US mendapat permintaan tinggi kerana dasar Trump dilihat akan menyebabkan inflasi dan boleh menghalang pelonggaran monetari oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS tahun depan.
Iklan
"Sehingga ketidaktentuan itu ditangani, mata wang AS diunjurkan masih kukuh," katanya kepada Bernama.
Harga pengguna AS dijangka diumumkan pada Khamis depan dan unjuran indeks melebihi 0.3 peratus akan menghalang Fed AS untuk menurunkan kadar faedah Disember depan, menurut laporan Reuters.
Iklan
Pada penutup, ringgit kebanyakannya ditutup tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan melonjak berbanding yen Jepun kepada 2.8701/8722 daripada 2.8763/8798 ketika ditutup pada Jumaat, meningkat berbanding euro kepada 4.7088/7120 daripada 4.7212/7266 sebelumnya tetapi merosot berbanding pound Britain kepada 5.6872/6910 daripada 5.6765/6830 sebelum itu.
Sementara itu, ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3120/3148 daripada 3.3149/3190 pada penutupan Jumaat lepas dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.8243/8390 daripada 12.8710/8925 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit jatuh berbanding peso Filipina kepada 7.52/7.53 daripada 7.51/7.53 ketika ditutup Jumaat lepas dan menguncup berbanding rupiah Indonesia kepada 280.9/281.3 daripada 279.4/279.9 sebelum itu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>