Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia berwaspada, letusan gunung berapi Flores
Iklan
Pihak berkuasa telah menaikkan tahap amaran bagi Gunung Lewotobi Laki-Laki ke tahap tertinggi, dengan gunung berapi itu terus menghamburkan abu tebal berwarna coklat setinggi dua kilometer setiap hari sepanjang minggu lalu. Foto AFP
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia atau merancang ke negara itu dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini ekoran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur.
Kementerian Luar Negeri yang turut dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia di kawasan terjejas berada dalam keadaan selamat.
Iklan
Iklan
Pihak kementerian akan terus memantau situasi dengan teliti dan memberikan kemas kini yang diperlukan demi keselamatan semua rakyat Malaysia di kawasan itu.
Rakyat Malaysia yang belum mendaftar dinasihatkan untuk segera berbuat demikian melalui E-Konsular agar maklumat serta bantuan dapat disalurkan tepat pada masanya.
Iklan
Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di alamat Jl. H.R. Rasuna Said Kav.X/6, No. 1-3, Kuningan, Jakarta Selatan 12950, melalui telefon di +62 21 522 4947 / +62 813 8081 3036, atau emel ke mwjakarta@kln.gov.my.
Setakat ini, media antarabangsa melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 10 orang maut akibat letusan berkenaan.
Iklan
Bencana alam itu turut mengakibatkan penutupan beberapa lapangan terbang di kawasan terbabit.
Sejak 4 November lalu, letusan gunung berapi menjejaskan enam kampung di daerah Wulanggitang dan empat kampung di daerah Ile Bura, melibatkan sekitar 10,000 penduduk.
Pihak berkuasa telah menaikkan tahap amaran bagi Gunung Lewotobi Laki-Laki ke tahap tertinggi, dengan gunung berapi itu terus menghamburkan abu tebal berwarna coklat setinggi dua kilometer setiap hari sepanjang minggu lalu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Network School Forest City: Pas kemuka usul tergempar di Dewan Rakyat"><meta itemprop="description" content="Pas akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung projek Network School di Forest City, Johor susulan kebimbangan terhadap aspek kedaulatan negara, keselamatan data dan dakwaan kaitan projek itu dengan individu atau entiti yang dikaitkan dengan Israel.
Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, usul berkenaan telah dirangka oleh Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi dan akan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787773/berita/nasional/network-school-forest-city-pas-kemuka-usul-tergempar-di-dewan-rakyat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #isunetworkschool #Pas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-14T09:14:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P206S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xap4gnu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xap4gnu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xap4gnu"></script>