Duit scam dikembalikan
Iklan
Di UK, jika pemilik akaun bank ditipu oleh mana-mana scammer, mereka boleh mendapatkan semula wang mereka daripada pihak bank sepenuhnya. Foto hiasan 123RF
SIAPA sangka, hanya kerana membuka pautan kad jemputan kahwin digital yang dikirim di WhatsApp oleh kenalan boleh menyebabkan seseorang kerugian ratusan malah ribuan ringgit wang simpanan dalam banknya.
Ada juga yang hilang wang selepas mengimbas kod QR yang tergantung di luar rumah, kononnya untuk mendapatkan maklumat bil utiliti terkini dari syarikat perkhidmatan berkaitan.