Pemandu lori mabuk dihukum denda maksimum
Iklan
PEKAN - Seorang pemandu lori didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol Januari lalu.
Majistret Azizah Ahmad membuat keputusan itu selepas S Subasangkara, 26 dari Rawang, Selangor mengaku bersalah pertuduhan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Halimatun Saadiah Abdullah.