KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih beliau terhadap insiden pengeboman ngeri di Quetta, Pakistan yang telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 24 orang dan menyebabkan ramai lagi cedera.
"Bagi pihak Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada rakyat Pakistan yang meratapi kehilangan orang tersayang akibat perbuatan tidak masuk akal dan dahsyat ini," katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Sabtu.