MELAKA TENGAH - Belacan buatan tempatan yang menggunakan logo halal tidak sah antara barang rampasan dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka di stor eksibit di Krubong di sini hari ini.
Turut dilupuskan ialah pakaian pelbagai berjenama, arak tiruan, kasut dan cakera video digital (DVD) membabitkan 11 kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan satu lagi di bawah Akta Cap Dagangan 2019 bermula awal tahun ini hingga semalam.