Koronavirus: Ambank benar penangguhan bayaran
Iklan
KUALA LUMPUR - AmBank Group menawarkan penangguhan sementara atau penstrukturan semula ansuran kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat wabak 2019 novel koronavirus (2019-nCoV).
AmBank dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelanggan yang terjejas boleh menghubungi pihak bank yang kemudiannya akan menilai dan mempertimbangkan untuk membuat penangguhan sementara atau penstrukturan semula ansuran.
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, sebagai bank yang prihatin, AmBank bersimpati terhadap nasib para pelanggannya, khususnya individu dan PKS yang terjejas oleh 2019-nCoV.
"AmBank komited untuk membantu mereka dalam saat-saat yang menguji ini," kata beliau.
Iklan
Sementara itu, bahagian insurans dan takaful kumpulan, AmMetLife dan AmMetLife Takaful memperkenalkan bantuan kewangan yang mampu menyokong pemilik polisi.
Kedua-dua syarikat menawarkan liputan ke atas kemasukan ke hospital yang disebabkan oleh 2019-nCoV, melalui beberapa hospital kerajaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Iklan
Untuk maklumat lanjut atau bantuan, pelanggan boleh menghubungi 03-2178 8888 atau menghantar e-mel kepada bank pada customercare@ambankgroup.com atau kunjungi cawangan berhampiran.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>