DBKL tutup restoran kotor sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur
Iklan
Antara premis yang diambil tindakan selepas meletakkan jualan di siar kaki hingga menyebabkan halangan.
KUALA LUMPUR - Restoran yang tidak menjaga kebersihan sekitar kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara di sini diambil tindakan penguatkuasaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
DBKL memaklumkan, tindakan khas dijalankan itu turut menumpukan barangan perniagaan yang diletakkan di tempat awam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sebanyak 12 premis telah dikenakan pindah halangan melibatkan barangan-barangan perniagaan yang diletakkan di tempat awam.
Premis ini diambil tindakan pindah halangan selepas meletak barangan jualan di tempat awam.
"Selain itu, penutupan serta-merta telah dikenakan terhadap premis makanan yang tidak menjaga kebersihan.
Iklan
"Tindakan diambil di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan UUK Pelesenan Penempatan Makanan (WPKL) 2016," katanya menurut perkongsian di Facebook pada Jumaat.
Katanya, barangan yang diangkut dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
Penguatkuasaan terhadap premis yang dikesan meletakkan barangan di tempat awam.
Iklan
Ujar DBKL, pihaknya akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.
Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan https://adukl.dbkl.gov.my/.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'"><meta itemprop="description" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #AmirudinShari #Selangor #PenternakanBabi #Pencemaran #AlamSekitar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-13T05:08:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZpVlE1fPTDEv6vuuR/x120"><meta itemprop="duration" content="P141S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9xn4jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9xn4jy"></script>