Dua maut kereta dirempuh MPV

Iklan

KUANTAN - Dua termasuk seorang kanak-kanak berusia 9 tahun maut selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang hilang kawalan di Kilometer 122 Jalan Kuantan-Johor Bharu di Rompin dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskon berkata, kejadian pada jam 4 petang itu menyebabkan mangsa Naimzah Lazim, 27, dan adik tirinya Andrechia Ali maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan seluruh badan.

Iklan
Iklan

Seorang lagi mangsa adik Naimzah, Lizan Lazim, 16, di tempat duduk penumpang hadapan kereta Perodua Myvi hanya cedera ringan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Naimzah yang menghala ke arah Kuantan dirempuh Toyota Innova dipandu remaja berusia 19 tahun yang hilang kawalan menyebabkannya masuk ke laluan bertentangan.

Iklan

"Rempuhan pada sisi kanan hadapan itu mengakibatkan kereta mangsa berpusing dan melanggar penghadang jalan, menyebabkannya remuk teruk pada bahagian hadapan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azari berkata, pemandu Toyota Innova dan neneknya yang berusia 74 tahun yang berada di tempat duduk hadapan kenderaan itu cedera dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan.

Iklan

Jenazah Naimzah dan Andrechia yang berasal dari Kampung Pinang, Rompin pula dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat esok dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama