Trump 2.0: Impak dasar luar terhadap Malaysia
Iklan
Trump kembali ke Rumah Putih untuk kali kedua sebagai Presiden AS ke-47 setelah menewaskan Kamala Harris.
DONALD Trump membuktikan tiada yang mustahil dalam politik apabila berjaya kembali ke Rumah Putih buat kali kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47, pada usia 78 tahun.
Mendapat lebih 270 undi elektoral, Trump menewaskan calon Demokrat, Kamala Harris dalam persaingan sengit Pilihan Raya Presiden yang turut menyaksikan beliau hampir menyapu bersih undi swing states.