Rapatkan ahli, imbangi pengaruh Pas
Iklan
Muhyiddin (tengah) membuang undi pada pemilihan Bersatu Bahagian Pagoh Kompleks Geliga Grisek di Pagoh pada Sabtu. Gambar kecil: HISOMMUDDIN dan ADIBAH YASMIN
SHAH ALAM - Cabaran utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas pemilihan ialah merapatkan semula perpaduan dalam kalangan ahli parti dan mengimbangi pengaruh Pas dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, tindakan berkenaan perlu kerana Bersatu mengalami perpecahan semasa pemilihan susulan dakwaan wujudnya kem pro pemimpin tertentu seperti pro Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, penyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.