Anwar ucap tahniah kepada Trump menang Pilihan Raya Presiden AS
Iklan
ANWAR
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kebangkitan politik yang luar biasa dan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Dalam hantaran di Facebook dan X, Anwar berkata, babak baharu ini membawa peluang yang diperbaharui dan Malaysia bersedia untuk bergerak ke hadapan dengan kerjasama, optimisme, dan matlamat bersama.
Iklan
Iklan
"Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan presiden baharu ini bagi meraih manfaat bersama untuk rakyat kedua-dua negara,” katanya.
Anwar menekankan bahawa AS kekal sebagai sumber pelaburan asing terbesar Malaysia dan pemain penting di rantau Asia Pasifik.
Iklan
Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Perdana Menteri berkata, Malaysia berharap AS akan memberi nafas baharu dalam penglibatannya dengan Asia Tenggara.
"Kami juga menggesa AS menggunakan pengaruhnya yang besar untuk membantu menghentikan keganasan dan kehilangan nyawa yang dahsyat di Palestin dan Ukraine,” katanya.
Iklan
Calon Republikan, Trump, 78, telah mengisytiharkan kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden AS 2024 mengatasi calon Demokrat, Kamala Harris. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>