Singkir Israel daripada PBB?
Iklan
Sudah setahun Gaza jadi mangsa keganasan Israel. Lebih 43,000 rakyat Palestin terkorban termasuk lebih 16,000 kanak-kanak. Gambar Reuters
HEBAT Tuk Seri PMX! Beliau buat kenyataan di Parlimen bahawa Malaysia akan sediakan draf resolusi Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk singkirkan Israel. Itu satu cara untuk beri tekanan tegas pada rejim Tel Aviv kerana apa yang dilakukannya ke atas Palestin.
Kata PMX lagi, Malaysia telah menyertai kumpulan teras bagi tujuan menyediakan draf itu. Ini langkah yang terpuji. Tapi bukan kerja mudah.