Penoreh getah disyaki rogol dua anak kandung ditahan

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

TAMPIN -Seorang penoreh getah yang dipercayai peminum arak tegar ditahan polis kerana disyaki merogol dua anak kandungnya di Felda Bukit Jalor, Gemencheh, di sini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian tersebut terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis sekitar jam 2.44 pagi di Balai Polis Ayer Kuning Selatan, pada 30 Januari lalu.

Iklan
Iklan

"Pengadu membuat laporan polis kerana mendakwa telah dirogol oleh suspek yang merupakan bapa kandungnya di rumah dekat Felda Bukit Jalor, Gemencheh.

"Mangsa mengadu telah dirogol beberapa kali oleh suspek sejak berumur 12 tahun, malah menurut pengadu lagi, adiknya yang berumur 12 tahun juga turut dirogol oleh bapa kandung mereka itu.

Iklan

"Rentetan daripada laporan polis tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tampin dan anggota Balai Polis Ayer Kuning telah berusaha mengesan suspek dan tangkapan dibuat di pekarangan Balai Polis Ayer Kuning Selatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, suspek telah dibawa ke IPD Tampin untuk siasatan lanjut dan hasil soal siasat yang dilakukan, mendapati suspek telah merogol kedua-dua mangsa beberapa kali di rumahnya di Felda Bukit Jalor.

Iklan

Bagaimanapun, ujian saringan air kencing ke atas suspek adalah negatif dan suspek direman 12 hari sehingga 12 Februari ini.