Retorik Trump semakin tenggelam?
Iklan
Trump menjelaskan bahawa strategi 'the weave' membuatkan ucapannya lebih menarik dan menambah daya tarikan dalam setiap acara yang dihadirinya.
BEBERAPA minggu lalu, kita telah menyaksikan persaingan sengit antara bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Naib Presiden, Kamala Harris dalam merebut jawatan Presiden AS yang ke-47.
Menariknya, jurang undian antara mereka dikatakan sangat tipis sehingga ramai beranggapan bahawa pilihan raya kali ini merupakan persaingan yang paling sukar untuk diramal dalam sejarah.