Nilai dokumen tanpa pelaksanaan
Iklan
Usaha Jabatan Audit Negara membangunkan satu garis panduan khusus bagi tujuan membendung ketirisan, kelemahan dan kepincangan sistem audit perlu disokong dan diberi perhatian serius oleh semua pihak. - Gambar hiasan
PERDANA Menteri, pada Belanjawan 2025, mengumumkan Jabatan Audit Negara diberikan peranan untuk memulakan pengauditan terhadap hampir 1,856 syarikat dan entiti berkaitan kerajaan (GLC) yang menerima peruntukan dan jaminan kerajaan.
Perkara ini berdasarkan Perintah Audit (Akaun Badan Lain) (Pindaan) 2024 [P.U.(A) 331/2024] yang diwartakan pada 31 Oktober lalu, setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.