'Tingkatkan kemahiran literasi digital seiring perkembangan semasa'
Iklan
Laporan berita program Meja Bulat Diskusi Mencipta Resolusi bertajuk Sistem Pendidikan Malaysia: Selepas 60 tahun, di mana silapnya? (kiri), Anuar
SHAH ALAM - Cadangan mengurangkan pendedahan teknologi terhadap pelajar sekolah rendah dan menengah tidak tepat, sebaliknya golongan tersebut perlu meningkatkan kemahiran literasi digital seiring perkembangan semasa.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, teknologi bukan isu utama dalam memberikan dampak buruk kepada pelajar sehingga menjejaskan pelajaran atau kesihatan mental tetapi cara penggunaannya sama ada tertib atau sebaliknya.