MyPAKW perlu diintegrasi dengan PADU agar lebih tepat
Iklan
Muka depan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil: Mohamad Khair
SHAH ALAM – Sistem kalkulator perbelanjaan asas kehidupan wajar, MyPAKW yang dibangunkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) perlu diintegrasikan dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) ekoran ada segelintir pandangan menganggap pengiraannya terlalu umum.
Penganalisis ekonomi, Dr Mohamad Khair Afham Muhamad Senan berkata, pengiraan perbelanjaan asas yang sebenar akan lebih tepat jika kedua-dua sistem tersebut disepadukan.