Melazimi kezaliman
Iklan
Tanpa kita sedar, proses normalisasi kezaliman dalam sistem kehidupan manusia sudah pun lama berlaku. Ia meluntur rasa dan ihsan dalam jiwa. Gambar hiasan
PADA tahun 2021, masyarakat dunia pernah dilanda demam Squid Game. Drama bersiri dari Korea Selatan ini mencatat rekod luar biasa setelah mula ditayang.
Menonjolkan perspektif survivor game yang berbeza, ia diminati bukan saja golongan dewasa, tapi golongan kanak-kanaklah yang paling tertarik menontonnya. Sehinggakan ia menjadi siri di Netflix yang paling banyak ditonton- lebih 142 juta isi rumah dari 94 negara.