Beralih Sebuah Piama Osman Ayob
Iklan
Beralih Sebuah Piama merakam seluruh aspek kehidupan petani dengan kesungguhan dan kecermatan pengarang dengan mempersiap latar peristiwa, segala perjalanan dan monumennya - Gambar hiasan, gambar kecil: Osman Ayob
PEMBANGUNAN negara dengan projek pembinaan tali air mengilhamkan pengarang untuk mengangkatnya menjadi sebuah subjek karya. Konflik, dilema dan tension merajai perjalanan teks yang dihasilkan sejajar dengan gerakan para wataknya.
Menarik untuk dibaca kerana kronologi naratifnya paralel dengan peristiwa sejarah pertentangan antara dua buah parti politik terbesar negara yang sedang menghadapi pilihan raya.