Mencari manusia mahakaya
Iklan
Rakyat faham sebahagian kami perlu berkorban untuk kerajaan tetapi kerajaan juga kena faham bahawa rakyat telah banyak berkorban - Gambar hiasan
SEBELUM kemunculan Kerajaan Madani, sifat dan penghuraian kata maha sering dikaitkan dengan sifat-sifat ALLAH SWT seperti Maha Kuasa atau Maha Kaya, merujuk keagungan yang mutlak serta tidak terbatas, hanya dimiliki oleh ALLAH SWT.
Namun, hari ini perkataan mahakaya sentiasa disebut dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melunakkan sebarang tindakan kerajaan yang tidak popular dalam kalangan rakyat.