BRICS mencabar ekonomi Barat
Iklan
BRICS berupaya mencabar monopoli ekonomi dunia yang ketika ini dalam genggaman negara-negara Barat, khususnya dalam kelompok digelar G-7, iaitu Kanada, Perancis, Jerman, Itali, UK, Amerika Syarikat dan Jepun
AHLI falsafah China, Lao Tzu dilaporkan pernah berkata perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah pertama.
Bagi empat negara dengan ekonomi masing-masing sedang berkembang dan ingin membebaskan diri daripada cengkaman monopoli ekonomi Barat iaitu Brazil, Rusia, India dan China, langkah pertama menubuhkan blok ekonomi mereka sendiri bermula pada 2006.