RXZ miliki nilai sentimental tinggi
Iklan
Harga RXZ boleh melonjak tinggi apabila alat gantinya masih kekal yang asal.
SUATU ketika dahulu, Yamaha RXZ yang dikeluarkan pada tahun 1985 menjadi kegilaan peminat motosikal terutama golongan remaja.
Dihentikan pengeluaran pada tahun 2011, kini selepas 13 tahun, RXZ masih lagi menjadi rebutan sehingga ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkannya di pasaran terpakai dan mengubah suainya.