GAZA - Program Makanan Sedunia (WFP) tidak dapat menggantikan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Semenanjung Gaza, kata ketua pejabat WFP Berlin kepada media, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Kami tidak dapat menggantikan fungsi penting UNRWA di Gaza, seperti pengurusan tempat perlindungan kecemasan, sekolah dan pusat kesihatan,” kata Martin Frick kepada kumpulan media Jerman, Redaktionsnetzwerk Deutschland (RND), dalam ulasan yang disiarkan pada Sabtu.