Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Iklan
Pada 6 petang Jumaat, ringgit turun kepada 4.3780/3835 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3755/3805 pada Rabu. Gambar hiasan
RINGGIT ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini dan pilihan raya presiden AS pada minggu depan, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.3780/3835 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3755/3805 pada Rabu.
Iklan
Iklan
Pasaran ditutup pada Khamis sempena cuti umum perayaan Deepavali.
Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pasaran ringgit agak perlahan hari ini apabila mudah tunai menyusut menjelang pilihan raya AS ditambah pendekatan berhati-hati pelabur menjelang pengumuman NFP malam ini.
Iklan
"Angka NFP yang lebih tinggi daripada jangkaan boleh mendorong peningkatan hasil bon dan dolar AS manakala angka yang lebih rendah mungkin boleh menyediakan peluang belian dolar AS, memandangkan peniaga cenderung kepada kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya itu,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.
Iklan
Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6502/6573 daripada paras penutup 5.6877/6942 pada Rabu namun susut berbanding yen Jepun kepada 2.8652/8690 daripada 2.8591/8625 dan turun berbanding euro kepada 4.7532/7592 daripada 4.7430/7485.
Sementara itu ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN lain.
Unit tempatan naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 278.2/278.7 daripada 278.5/279.0 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3054/3098 daripada 3.3080/3120.
Ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.51 daripada paras penutup 7.51/7.52 pada Rabu dan menokok berbanding baht Thai kepada 12.9103/9322 daripada 12.9837/13.0047. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>