Ringgit dibuka tidak berubah, pelabur berhati-hati risiko Pilihan Raya AS
Iklan
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan risiko yang akan muncul menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) minggu depan yang menyebabkan pelabur berhati-hati. (Gambar hiasa) Foto 123rf
RINGGIT dibuka tidak berubah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan risiko yang akan muncul menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) minggu depan yang menyebabkan pelabur berhati-hati.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan kekal tidak berubah kepada 4.3755/3805 berbanding dolar AS, kekal stabil sejak ditutup pada Rabu.
Iklan
Iklan
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes mengulas mengenai pergelutan ringgit baru-baru ini dan katanya, kebimbangan sebelum pilihan raya telah mengakibatkan pelabur resah.
"Pilihan raya AS yang akan datang kekal sebagai faktor risiko utama, dengan keputusan pilihan raya yang tidak boleh dijangka, mencetuskan potensi yang tidak menentu di pasaran tukaran asing,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Innes berkata, data ekonomi AS baru-baru ini dijangka menambah tekanan terhadap ringgit hari ini, terutama memandangkan jangkaan kepada penurunan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed).
Perubahan ini menyusuli keluaran data inflasi AS yang kukuh, menunjukkan daya tahan yang lebih besar berbanding jangkaan.
Iklan
Menurut laporan, kadar inflasi AS berada pada 2.1 peratus pada September, paras terendah sejak awal 2021 dan melebihi sasaran 2 peratus Fed.
"Faktor yang tidak dapat dijangka hari ini adalah laporan senarai gaji bukan ladang (NFP).
"Memandangkan mogok pekerja baru-baru ini dan gangguan berkaitan taufan, NFP mungkin berprestasi rendah, yang seterusnya boleh menurunkan dolar AS," katanya.
Ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama pagi Jumaat.
Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6422/6487 daripada 5.6877/6942 semasa ditutup pada Rabu tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 2.8786/8821 daripada 2.8591/8625, dan rendah berbanding euro kepada 4.7619/7673 daripada 4.7430/7485 sebelumnya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 278.7/279.1 daripada 278.5/279.0 semasa ditutup pada Rabu dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3150/3193 daripada 3.3080/3120 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.53/7.54 daripada 7.51/7.52 sebelum ini.
Bagaimanapun mata wang tempatan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9300/12.9539 daripada 12.9837/13.0047. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>