Ugut tak bayar gaji tok batin, Senator PKR dibidas kawan, lawan
Iklan
Paparan skrin ciapan Annuar yang membidas kenyataan Bob Manolan.
KUALA LUMPUR - Pepatah Melayu ada menyatakan kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa begitulah kritikan yang boleh diibaratkan dengan kata-kata ‘amaran’ daripada Senator PKR, Bob Manolan Mohd.
Bob Manolan seperti dilaporkan Malaysiakini, mengingatkan ketua-ketua kampung Orang Asli atau tok batin di Cameron Highlands mungkin kehilangan gaji dan jawatan mereka jika tidak mengundi Kerajaan Persekutuan pada PRK Parlimen itu 26 Januari ini.
Iklan
Iklan
Akibat ‘amaran’ beliau itu, telah mengundang kritikan dan bidasan pedas terhadap beliau dan kerajaan PH secara amnya.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejak dua menjak ini, makin jelas perangai PH.
Iklan
"Fitnah, ugut dan hina rakyat,” katanya di Twitter.
Begitu juga dengan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa yang membidas ucapan Bob Manolan tersebut yang dianggap sebagai menyalahgunakan kuasa Kerajaan Persekutuan untuk kepentingan DAP.
Iklan
"Wah sudah mula dengan mengugut tok batin dan percubaan menyalahgunakan kuasa kerajaan untuk kepentingan parti DAP.
"Apa komen Bersih? Datuk S Ambiga, Latheefa Koya, Maria Chin Abdullah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)? Soalnya.
Bukan setakat ditempelak pembangkang, malah Ketua Biro Agama PKR yang juga penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin dengan sinis berkata, menjadi ahli PKR tidak pernah disyaratkan bijak. Demikian juga dipilih sebagai senator.
Hari ini, Bob Manalon dalam satu sesi dialog dengan tok-tok batin di kubu BN bertempat di Pos Betau Jelai berkata, gaji Tok Batin dibayar oleh kerajaan pusat.
"Mana-mana batin yang tak sokong kerajaan kita tak bayar gaji dia, betul? Jangan bayar gaji dia.
"Kita bayar gaji dia, dia tak sokong kita, buat apa kita bayar gaji dia,” katanya.
Bob Manolan berasal dari masyarakat Orang Asli dan mewakili komuniti itu di Dewan Negara.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil