Syed Saddiq mahu bertanding secara sihat
Iklan
Syed Saddiq
GEORGETOWN - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak mahu memperkecilkan mana-mana pihak yang mahu merebut jawatannya sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu nanti, sebaliknya mahu bertanding secara sihat.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau meraikan demokrasi dalam parti serta mengalu-alukan Ketua Cawangan Armada Seaview Park, Pulau Pinang Razalif Mohd Zain dan Exco Armada Nasional Muhammad Muzzammil Ismail, yang mengumumkan hasrat bertanding bagi jawatan itu.
Iklan
Iklan
"Saya tidak akan sesekali pun memperkecilkan mana-mana pihak lawan kerana saya nak buktikan bahawa pemilihan ini adalah persediaan untuk kita maju ke hadapan, bersatu memperkukuhkan kedudukan parti Pribumi Bersatu Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan perlawanan persahabatan bola sepak antara Mutiara United Football Club dan Liga Akademi Bola Sepak Pulau Pinang (LABPP), di Stadium Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.
Iklan
Semalam, Muhammad Muzammil, 30, yang juga Felo Akademik Universiti Utara Malaysia menawarkan diri untuk bertanding jawatan berkenaan kerana merasakan Armada kini mengalami gelombang penolakan oleh anak muda dan memerlukan barisan pimpinan yang mempunyai hala tuju jelas, bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pada 26 Januari lepas, Razalif, 30, yang juga seorang penerbit filem, mengumumkan hasrat bertanding jawatan itu bagi memperbaharui barisan Armada.
Iklan
Syed Saddiq, 28, sebelum ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan itu.
Ditanya mengenai kritikan Muhammad Muzammil bahawa kepemimpinan yang ada hari ini dikatakan gagal menarik sokongan anak muda sendiri, Syed Saddiq berkata, biarlah pertandingan itu berlangsung secara sihat.
"Saya rasa cara yang terbaik untuk saya menjawab adalah untuk bertanding secara sihat untuk menunjukkan bagaimana setiap calon dapat membangunkan Armada dan memajukannya ke hadapan," katanya. - Bernama
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.