Ubah suai SST, masukkan ciri penting GST
Iklan
Kerajaan mempunyai ruang untuk mengubah suai SST dengan memasukkan beberapa ciri penting GST. Gambar hiasan (Gambar kecil: Barjoyai)
PUTRAJAYA - Kerajaan mempunyai ruang untuk mengubahsuai Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dengan memasukkan beberapa ciri penting Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, langkah itu dilihat mampu meningkatkan pulangan pendapatan kepada negara menerusi percukaian.