Kalau mahu jadi macam Sarawak, kena ikut cara Sarawak - Armizan
Iklan
Sudah tiba masa para pemimpin utama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberikan pertimbangan serius terhadap suara akar umbi supaya bertanding di kesemua kawasan atas platform parti tempatan.
TAWAU - Sudah tiba masa para pemimpin utama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberikan pertimbangan serius terhadap suara akar umbi supaya bertanding di kesemua kawasan atas platform parti tempatan.
Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali membuat seruan tersebut apabila ditanya respon berhubung kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamadkan persefahaman untuk membentuk gabungan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.
Iklan
Iklan
"Kita terima baik kenyataan itu (Presiden UMNO) dan menganggap itu hak mereka dalam proses demokrasi.
"Bukan sekadar kenyataan itu, kita juga mendengar BN telah mula mengumumkan calon secara terbuka di kawasan tertentu seperti DUN Tanjung Keramat," kata Armizan ketika ditemui dalam Majlis Aku Janji Kita Gempur di Tawau, Sabah.
Iklan
Susulan daripada itu, tegas Armizan adalah wajar kepimpinan GRS untuk mendengar suara akar umbi yang mahukan pihaknya bertanding sendiri atas wadah parti lokal.
"Asasnya mudah, kalau mahu jadi macam Sarawak, kita kena ikut cara Sarawak," kata Armizan.
Iklan
Beliau juga menjelaskan bahawa komitmen untuk bersama PH dalam PRN akan datang dibuat adalah kerana menghargai sokongan PH yang telah menyokong pengekalan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri ketika BN dan Warisan menggerakkan Langkah Kinabalu pada bulan Januari 2023.
"Kita juga komited bersama PH kerana dilihat Kerajaan Negeri GRS + PH Plus kini berjalan dengan baik, selain amat menghargai komitmen tinggi Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Sabah dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Beliau telah melaksanakan banyak perkara yang tidak dibuat oleh Perdana Menteri dan pentadbiran sebelum ini," menurut Armizan.
Beliau berkata, komitmen pihaknya adalah kedua-dua pemimpin iaitu Anwar kekal sebagai Perdana Menteri dan Hajiji kekal sebagai Ketua Menteri Sabah, bukan sahaja sekarang, tapi untuk PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.