Tidur bogel ketika mabuk, buang najis dari tingkat atas rumah
Iklan
Salah seorang penduduk tempatan menunjukkan gambar warga asing yang mabuk tidur dalam keadaan bogel di flat Pandan Mewah, Ampang.
AMPANG -"Ada yang sampai tertidur dalam keadaan berbogel ketika mabuk. Mereka jalan dan baring di mana-mana sahaja. Ada di dobi, peti surat dan tepi jalan.”
Itu cerita yang dikongsikan oleh seorang penduduk Pandan Mewah di sini ketika ditemui Sinar Harian baru-baru ini, yang mendedahkan kelakuan warga asing di penempatan berkenaan.