'Saya hormat Tun, tapi saya juga berpengalaman'
Iklan
Muhyiddin bersama Penolong Pengarang Berita (Digital) Sinar Harian, Mohd Fazli Zainul Abidin ketika program Interviu di pejabatnya baru-baru ini.
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau mempunyai cukup pengalaman menguruskan negara dengan baik dan tidak perlu merujuk Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbuat demikian.
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, rakyat sendiri boleh menilai kepimpinannya sewaktu beliau mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan ketika negara dilanda pandemik Covid-19.