Prabowo: Ujian demokrasi Indonesia
Iklan
Prabowo mengangkat sumpah jawatan selaku presiden baharu Indonesia. Foto Bernama
AHAD lalu, Prabowo Subianto akhirnya mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia kelapan selepas memenangi Pemilihan Umum Presiden Indonesia (Pilpres) pada Februari lalu.
Sebagai bekas Jeneral Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan bekas Menteri Pertahanan, pelantikannya sebagai Presiden dijangka mencetuskan pelbagai cabaran dalam konteks politik, ekonomi serta demokrasi Indonesia yang dilihat kembali lemah.