'Mereka ini pengkhianat'
Iklan
Laporan eksklusif Sinar Harian pada 22 Oktober menerusi temu bual Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
PUTRAJAYA - Penguat kuasa yang terlibat mengambil rasuah, salah laku dan menggadai maruah negara layak digelar pengkhianat, tegas Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Tan Sri Dr Ismail Bakar.
Katanya, label pengkhianat merujuk kepada mereka yang telah diberikan amanah tetapi menjual maruah semata-mata demi duit dan kepentingan diri.