Beri manfaat kepada pelancongan Malaysia
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
ALOR SETAR - Tindakan Thailand memperkenalkan cukai perjalanan kepada pengembara sebanyak 300 baht (RM38.65) bermula tahun depan dilihat bagus untuk pelancongan Malaysia. Pengerusi Kedah Tourist Guides Association, Mohd Firdaus Abu Bakar berkata, rakyat Malaysia akan membuat pertimbangan untuk memasuki Thailand, sekali gus aliran keluar duit ke negara jiran dapat dikurangkan.
Menurutnya, Malaysia perlu mengambil peluang menawarkan lebih banyak destinasi pelancongan pada harga berpatutan demi menarik rakyat melancong dalam negara.
Iklan
Iklan
"Malaysia wajar ambil kesempatan ini untuk tawarkan lebih banyak destinasi pelancongan sama ada yang sedia ada atau pun baharu pada kadar berpatutan.
"Sekiranya ada bayaran masuk, maka biarlah bayaran masuk itu lebih murah, apabila jumlah kemasukan pelancong tinggi masih boleh dapat keuntungan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Iklan
"Lama-kelamaan orang pun tidak mahu pergi sekiranya semua tempat mahal dan berbayar, contohnya di Langkawi apabila ramai pelancong tempatan mengadu keadaan sudah tidak seperti dahulu,” jelas beliau.
Dalam perkembangan sama, Mohd Firdaus berpandangan Thailand mungkin akan menerima sedikit kesan pada peringkat awal pelaksanaan cukai perjalanan berkenaan terutamanya dari segi pengurangan kemasukan pelancong dari Malaysia.
Iklan
Bagaimanapun, beliau mengakui Thailand amat bijak kerana sering mempelbagaikan produk pelancongan yang unik dan menarik.
"Selain itu hotel, makanan dan bayaran kemasukan ke tempat pelancongan ditawarkan juga lebih murah berbanding Malaysia.
"Jadi, tidak mustahil pelaksanaan cukai ini tidak memberi impak besar dan ia mungkin hanya pada peringkat awal perlaksanaan sahaja akan nampak kesannya,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>