Pemandu lari tinggalkan 700 liter petrol selepas diekori KPDN
Iklan
KPDN Kelantan menggagalkan cubaan menyeleweng 700 liter minyak petrol ke negara jiran pada Isnin.
RANTAU PANJANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menggagalkan cubaan menyeleweng 700 liter minyak petrol ke negara jiran pada Isnin.
Serbuan yang dijalankan pada jam 12 tengah hari itu dilakukan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Lubok Gong di sini, semasa operasi khas di kawasan sempadan Kelantan melalui Ops Tiris 3.0.
Iklan
Iklan
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, anggota yang bertugas di kawasan sempadan telah mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dipandu dalam keadaan mencurigakan.
"Kami mengekori kenderaan tersebut hingga ke lokasi serbuan, sebelum pemandu bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.
Iklan
"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemui timbunan tong jeriken berisi minyak petrol yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, sebanyak 700 liter minyak petrol dengan nilai dianggarkan RM1,435 ditemukan.
Iklan
Ujarnya, jumlah keseluruhan rampasan bagi kes ini adalah RM3,435.
Azman memberitahu, kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan memiliki barang kawalan dengan niat melakukan penyelewengan.
"KPDN menyeru masyarakat untuk bersama-sama menyokong inisiatif Kita Gempur bagi membanteras aktiviti penyelewengan dan penyeludupan yang merugikan rakyat serta negara.
"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan aktiviti sebegini melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-848 8000 atau hotline 24 jam di 03-8882 6088/6245," katanya.
Menurut beliau, Ops Tiris 3.0 akan diteruskan bagi memastikan bekalan barang kawalan sampai kepada pihak yang layak, sekali gus melindungi hak rakyat dan mengukuhkan kestabilan ekonomi negara.
Walaupun motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang mengalami kerosakan sejauh tiga kilometer (km), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor) berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768511/berita/semasa/abang-trafik-tunda-3km-rxz-rosak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.