‘M40 terpaksa bersaing kemudahan disediakan untuk B40’
Iklan
Golongan M40 berdepan cabaran ekonomi apabila terpaksa bersaing dengan kumpulan B40 untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Gambar kecil: Mohd Faisol
SHAH ALAM - Golongan berpendapatan sederhana (M40) berdepan dengan cabaran ekonomi apabila terpaksa bersaing dengan kumpulan berpendapatan rendah (B40) untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, kumpulan ini berada antara B40 dan golongan berpendapatan tinggi (T20).