Strategi elak korban kepala air
Iklan
Mitigasi kepala air memerlukan pendekatan yang komprehensif seperti pemantauan hujan dan paras air di bahagian hulu sungai secara real-time dan berterusan. Gambar hiasan
KEPALA air merupakan fenomena semula jadi apabila hujan lebat dan berterusan di kawasan hulu sungai menyebabkan peningkatan paras dan halaju aliran air sungai secara mendadak.
Sungai di kawasan hulu mempunyai ciri aliran, topografi dan geomorfologi yang berbeza berbanding sungai di kawasan hilir. Ia biasanya mempunyai aliran deras kerana dasarnya sempit berbentuk V atau alur yang dalam disebabkan jurang atau lembah dipenuhi batu besar dan kecil, serta melalui tebing curam, berbukit atau gunung.