KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah menaikkan kos rawatan hemodialisis di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seperti dakwaan yang tular di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebooknya pada Ahad, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan bayaran RM13 untuk satu sesi, atau lazimnya RM169 sebulan bagi perkhidmatan rawatan hemodialisis tiga kali seminggu, adalah bayaran sama sejak 2016.