Reformasi pentadbiran awam
Iklan
Kerajaan perlu memberi perhatian kepada latihan dan pembangunan modal insan dalam kalangan penjawat awam. Gambar hiasan
PADA September lalu, ketika berucap di majlis perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pelaksanaan segera reformasi dalam pentadbiran awam sebagai langkah mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan sektor awam di Malaysia.
Gesaan itu penting dalam konteks semasa — sektor awam dilihat sebagai nadi utama kepada kejayaan pentadbiran negara.