Deepavali: PHA terima aduan harga barangan, rempah ratus meningkat
Iklan
Gambar hiasan.
GEORGE TOWN - Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHA) mendapati terdapat peningkatan harga barangan keperluan terutamanya rempah ratus hingga 250 peratus menjelang sambutan Deepavali pada hujung bulan ini.
Presiden PHA, Datuk P Murugiah berkata, pihaknya telah melakukan tinjauan di beberapa kedai runcit susulan aduan diterima, dan mendapati terdapat peningkatan harga agak membimbangkan berbanding tahun lepas.
Iklan
Iklan
"Malah agak mengejutkan apabila harga buah pelaga melonjak daripada RM40 sekilogram pada 2023 kepada RM140 sekilogram tahun ini. Ia menunjukkan kenaikan harga yang tidak masuk akal hingga 250 peratus.
"Daripada 19 barangan yang dikaji, tujuh daripadanya mengalami kenaikan 100 peratus manakala selebihnya menunjukkan peningkatan 22 hingga 75 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Iklan
Beliau berkata, harga biji jintan juga meningkat daripada RM13 kepada RM38 sekilogram, bawang putih (RM6 kepada RM14 sekilogram), lada hitam (RM18 kepada RM38 sekilogram) manakala harga tepung pula melonjak 50 peratus kepada RM7.50 sekilogram.
Justeru, PHA meminta Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan terhadap pengimport, pengeluar, pemborong dan peruncit yang menaikkan harga selain menjalankan pemeriksaan rawak untuk memastikan peruncit dan pemborong tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.
Iklan
Terdahulu, Menteri Perdangan dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Deepavali akan diumumkan tidak lama lagi.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti barangan yang akan disenaraikan dalam SHMMP untuk perayaan itu.
SHMMP dilaksanakan sejak 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, yang menyaksikan di bawah skim ini beberapa jenis barangan keperluan dikenal pasti sebagai barangan kawalan harga semasa musim perayaan dengan harga maksimum ditetapkan di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit untuk tempoh tertentu.
Penganut agama Hindu akan merayakan Deepavali pada 31 Oktober ini. - Bernama
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.