Tabayyun dengan teknologi
Iklan
Dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang, teknologi itu boleh menjadi sahabat atau musuh manusia.
SAYA kaget apabila baru-baru ini tertonton video Synchronize Fest 2024 dari Jakarta Utara yang melintas di skrin komputer saya. Video itu memaparkan Allahyarham Nike Ardilla, seorang penyanyi remaja yang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.
Arwah muncul di konsert itu secara Metahuman melalui teknologi kecerdasan buatan (AI). Di konsert itu, ‘beliau’ menyanyi dan sempat menyapa penonton. Saya teringat imej Princess Leia yang muncul secara tiga dimensi dalam filem-filem Star Wars.