Kesihatan mental di tempat kerja
Iklan
Malaysia menduduki tempat kedua terburuk dari segi keseimbangan kerja dan kehidupan dalam kalangan 60 negara di dunia. Gambar hiasan 123rf
SEJAK 1992, tanggal 10 Oktober telah ditetapkan sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia. Tema pada tahun ini ialah ‘Sudah Tiba Masanya Untuk Mengutamakan Kesihatan Mental di Tempat Kerja’.
Ini amat relevan memandangkan bilangan tenaga buruh di Malaysia bagi suku pertama 2024 ialah seramai 16.96 juta orang seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), manakala data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan isu kesihatan mental telah mengakibatkan kerugian tahunan berjumlah kira-kira sebanyak 12 bilion hari untuk bekerja dan dianggarkan bernilai AS$1 trilion.