Harap tiada rakyat terpinggir
Iklan
Teka-teki sama ada pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON 95 akan diumumkan Kerajaan Madani secara berperingkat menerusi pembentangan Belanjawan 2025 mungkin menjadi perhatian utama rakyat.
Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2025 atau Akta Perbekalan 2025 pada Jumaat ini amat penting bagi membolehkan kerajaan mengumumkan peruntukan tahunan untuk perbelanjaan mengurus sektor penting seperti pendidikan, kesihatan, pertahanan pembangunan infrastruktur dan ekonomi negara pada tahun depan.
Belanjawan 2025 penting kepada rakyat kerana memberikan gambaran umum mengenai hala tuju dasar dan perbelanjaan termasuk bantuan bakal disalurkan kerajaan dalam jangka masa akan datang.