Ramalan 15 perkara besar Belanjawan 2025
Iklan
Anwar (tengah) ketika hadir sempena Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan pada Selasa.
JUMAAT, 18 Oktober 2024 menjadi detik keramat untuk penentuan pembentangan inti pati Belanjawan 2025.
Istimewanya kali ini, ia disifatkan sebagai belanjawan paling penting dan mencabar setelah kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim julung kali membentangkan inti pati belanjawan era Kerajaan Perpaduan tahun lalu.